Pekerja Binaan 'Disula' Rod Besi

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

PEKERJA  kontrak berdepan saat mencemaskan apabila 'disula' rod besi hampir satu meter ketika sedang bekerja di tapak pembinaan.

Insiden ngeri itu mengakibatkan Yang Ming terpaksa melalui proses pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan rod besi itu.

Dalam kejadian di tapak binaan di Chengdu, China itu, besi berkenaan tercucuk dari bahagian dubur mangsa hingga ke bahu kanannya.

Bagaimanapun pekerja berusia 37 tahun ini bernasib baik kerana ia tidak mencederakan organ dalamannya.

Metro.uk melaporkan kejadian itu berlaku akibat kejutan elektrik ketika lelaki berkenaan sedang mengendalikan wayar di tapak bangunan yang dalam proses pembinaan itu.

Akibat kejutan elektrik itu, Yang Ming terjatuh atas rod besi itu.

Ketua pakar bedah Hospital Universiti Sichuan, Wang Xin berkata, pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan pada dada atau abdomen.

"Tekanan darah dan denyutan jantungnya juga stabil," katanya yang berjaya mengeluarkan rod besi itu.

Menurut Ming, usus, pundi kencing, pankreas, paru-paru dan hatinya mengalami sedikit kecederaan, tetapi tiada organ dalaman berdepan situasi serius.

Malahan, mangsa hanya kehilangan sedikit darah dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan di hopital.


Tags / Kata Kunci: Yang Ming , Chengdu

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan