Ibu Teruja Bertukar Terkejut Melihat...

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 10:49 AM

(Ubah saiz teks)

KELAHIRAN bayi dengan kecacatan sememangnya mimpi ngeri bagi pasangan ibu bapa,namun itulah yang berlaku kepada Karishma dan Arshad.

Pasangan yang menetap di Aligarh, Uttar Pradesh di India ini menempuh saat itu pada awal pagi Selasa.

Bayi lelaki mereka lahir dengan kecacatan pada wajah dan tubuhnya hingga digelar 'alien'.

Lebih mengejutkan apabila bayi itu lahir tanpa telinga dan hidung, manakala matanya terjulur dan terbeliak, keadaan yang sama sekali tidak normal.

"Matanya merah dan besar, dia memandang saya dan hidungnya pula melekat pada mukanya. Dia juga tidak ada telinga.

"Saya mula rasa sakit untuk melahirkannya lewat malam dan pada pukul 4 pagi dia lahir secara normal.

"Saya memang teruja untuk melihatnya, tetapi sebaik memandangnya saya terkejut kerana tidak pernah melihat bayi sedemikian rupa," katanya.

Sejak dilahirkan, penduduk kampung tidak henti-henti mengunjungi kediaman mereka untuk melihat bayi 'alien' itu.

Bagaimanapun bagi Arshad, dia menerima bayinya itu seadanya dan akan menjaganya sebaik mungkin.

"Dia pemberian Tuhan dan kami tidak akan mensia-siakannya. Kami akan menjaganya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Karishma , Aligarh

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan