Lelaki Didakwa Punca Ratusan Bagasi Tersilap Hantar

Diterbitkan: Khamis, 21 September 2017 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengendali bagasi di Lapangan Terbang Changi, Singapura didakwa menukar pelekat bagasi, mengakibatkan ratusan bagasi dihantar ke destinasi yang salah, lapor akhbar Straits Times.

Tay Boon Keh, 63 tahun, yang bekerja dengan sub-kontraktor di lapangan terbang itu didakwa di mahkamah pada Selasa dengan 286 pertuduhan.

Dia tidak menjelaskan sebab tindakannya itu tetap mahu mengaku bersalah. 

Pendengaran semula kes pada 17 Oktober dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara selama setahun atau denda bagi setiap pertuduhan.

Menurut fakta kes, bagasi-bagasi yang sepatutnya dihantar ke Perth, Manila, Frankfurt, London dan San Francisco dilaporkan antara yang terjejas disebabkan Boon Keh.

Dia dipercayai menukar pelekat bagasi setiap hari sejak November tahun lalu hingga Febuari tahun ini.

Mengulas mengenai perkara itu, jurucakap Lapangan Terbang Changi memberitahu, tiada pencerobohan keselamatan berlaku.

Hampir 59 juta penumpang menggunakan Lapangan Terbang Changi pada 2016.

Lapangan terbang antarabangsa keenam paling sibuk di dunia itu menawarkan penerbangan ke 380 bandar seluruh dunia membabitkan lebih 100 syarikat penerbangan.

Menurut laman web rasmi Changi Group Airport, lapangan terbang itu menguruskan kira-kira 70,000 bagasi setiap hari. - Reuters

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan