Kasut Swastika 'Ganggu' Pesara

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 2:45 PM

-fotoCentrePress

(Ubah saiz teks)

SEORANG pesara mendakwa kasut yang baru dibelinya mempunyai lambang swastika di bahagian tapak.

Sam Purdie, 81, membayar £15 untuk kasut tersebut menerusi syarikat gergasi dalam talian Amazon.

Tetapi sebaik sahaja bungkusannya dibuka, dia terkejut melihat seluruh bahagian tapaknya mempunyai simbol Nazi.

Purdie, seorang jurutera bersara mendakwa dia cuba memberi amaran kepada pelanggan lain di Amazon tetapi ulasannya mengenai kasut Jo & Joe itu ditapis oleh syarikat tersebut.

Dia berkata: "Saya memesan sepasang kasut yang saya nampak elok, tetapi apabila ia sampai, saya menyedari tapaknya dipenuhi lambang swastika.

"Anda benar-benar dapat melihat coraknya dengan jelas. Ia nampak baik di Amazon, tetapi mereka sudah tentu sangat berhati-hati dengan tidak menunjukkan bahagian tapak.

"Saya seorang pelanggan tetap Amazon dan mereka biasanya meminta anda memberi ulasan produk, jadi saya melakukannya.

"Saya menulis bahawa saya tidak puas hati dengan kasut swastika ini dan saya pasti tidak akan memakainya.

"Saya bukan Yahudi, tetapi saya cukup matang untuk mengingati perkara yang sangat tidak menyenangkan tentang swastika."

Purdie berkata Amazon dengan segera bertindak balas dengan menyatakan dia telah menyalahgunakan ulasannya dan jika ia tidak dihentikan, dia tidak akan dibenarkan membuat ulasan lagi.

Dia menambah: "Mereka menjawab menyatakan ulasan saya agak keras. Tetapi ia adalah tindak balas automatik, saya fikir mereka tidak suka saya gunakan perkataan swastika."

Purdie, dari Letham, Perth berkata kasut tersebut harus dikeluarkan dari pasaran.

Dia berkata: "Saya tidak meminta rebat atau apa-apa dari mereka, hanya saya tak akan memakainya."

Pembekal berpengkalan di Burnley, LJ & R Footwear berkata: "Ini adalah kali pertama perkara ini dibawa ke perhatian kita. Tapak ini tersedia secara meluas di China dan kita belum menghasilkannya."

"Sebarang kemiripan dengan lambang itu hanyalah kebetulan semata-mata."

Pada Januari, sebuah syarikat kasut di Amerika Syarikat memohon maaf dan menarik balik but selepas gambar menunjukkan terdapat cetakan kecil swastika tular.

Conal International Trading Co, yang mengeluarkan but Polar Fox, berkata ia 'tidak disengajakan' dan satu 'kesilapan jelas' dibuat oleh pengeluar di China. -metroUK

Tags / Kata Kunci: swastika , kasut , Nazi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan