Main Bola Sebab Jalan Sesak - Berita Dunia | mStar

Main Bola Sebab Jalan Sesak

Diterbitkan: Rabu, 20 September 2017 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama sembilan jam di M1, London keluar dari kereta masing-masing dan menggunakan masa tersebut untuk bermain bola sepak dan frisbee.

Kesesakan di persimpangan 14 Milton Keynes dan 15 menuju ke Northampton berlaku disebabkan kehadiran objek yang mencurigakan di laluan tersebut.

Laluan tersebut terpaksa ditutup sementara polis melakukan siasatan terhadap objek berkenaan.

Namun rakaman TV menunjukkan robot pemusnah bom mengheret beg sampah berwarna hitam keluar dari laluan tersebut.

Beg sampah itu dilihat mengandung cecair dan bahan berwarna kuning.

Laluan M1 sesak selama sembilan jam.

Kaunselor konservatif dari Coventry, Tim Mayer yang terperangkap dalam kesesakan itu berkata komunikasi dari polis amat teruk tetapi orang ramai cuba memanfaatkan masa terluang mereka di atas jalan.

"Tedapat pertandingan bola sepak lima sebelah, ragbi dan seorang lelaki berbasikal di jalan bertentangan," katanya.

Ribuan pemandu berang apabila terperangkap dalam kesesakan teruk bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang itu.

Laluan tersebut dibuka semula pada pukul 5 petang selepas Polis Thames Valley menemui objek yang mengandungi bahan menghakis.

Ketua Polis Thames Valley, Mark Lewis berkata tiada bukti bahawa penemuan objek itu ada kaitan dengan keganasan.

"Objek itu tidak mengandungi bahan letupan. Jadi keadaan agak terkawal," katanya.

Tags / Kata Kunci: M1 , kesesakan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan