Tentera Tawan Pusat Militan Marawi

Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

MARAWI: Selepas hampir empat bulan ditawan pemberontak yang disokong militan Daesh, bandar ini akhirnya dapat dikawal tentera Filipina.

Perkembangan terkini itu susulan serangan udara yang dilancarkan tentera Filipina untuk menawan semula bandar ini.

Tentera berjaya menawan pusat kawalan militan selepas bertempur sengit di sebuah masjid dan bangunan lain.

“Kejayaan ini melemahkan kumpulan pengganas selepas mereka kehilangan pusat pemerintahan dan kawalan.

“Operasi memburu militan diteruskan dan dijangka mendapat tentangan sengit,” kata Panglima Tentera Filipina, Eduardo Ano.

Beratus-ratus pemberontak bersama militan Daish menyerbu Marawi dan menawan bandar itu pada 23 Mei lalu yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Lebih 800 militan, anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dalam konflik berkenaan.

Peperangan yang berlanjutan menyebabkan bandar itu musnah dan ratusan ribu penduduk menjadi pelarian. - AFP

Tags / Kata Kunci: Marawi , Daesh

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan