Kejutan 'Tetamu' Berkaki Empat

Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

APA yang dapat dikatakan jika didatangi tetamu istimewa berkaki empat ketika sedang bersantai di pagi hari.

Seorang nenek berdepan pengalaman yang tidak dapat dilupakannya apabila sekawan 40 lembu tiba-tiba memenuhi pekarangan kediamannya.

Bukan setakat berkumpul, malahan haiwan ternakan itu memakan bunga di taman kediamannya di Bollington, Cheshire.

Janis Wilson, 61 sedang menikmati secawan teh di ruang tamu kediamannya pada pukul 9 pagi apabila terdengar bunyi bising di luar.

Sebaik melihat kehadiran haiwan berkenaan, temannya, Steve Loxam, 61 bergegas keluar menghalau sekawan lembu itu.

Bersama jirannya, Steve berusaha memastikan tiada lagi ternakan itu berada di halaman rumah mereka.

Nenek kepada lima cucu itu berkata, lembu itu berlegar-legar di pekarangan halaman rumahnya sambil meragut tanaman di situ.

"Boleh dikatakan antara 30 hingga 40 ekor lembu ada di laluan depan rumah kami dan juga di halaman.

"Situasi itu berlarutan hingga kira-kira setengah jam sehingga polis datang.

"Tidak dapat dipastikan dari mana datangnya lembu itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Janis Wilson

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan