Kasanova Thailand Kahwini 120 Wanita

Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 12:53 PM

Prasert hanya mengahwini gadis yang berusia 20 tahun ke bawah. - Daily News

(Ubah saiz teks)

POLIGAMI diharamkan di Thailand, namun ia tidak bermakna dapat menahan keinginan seorang kasanova daripada mengahwini 120 wanita dan memperoleh 28 anak.

Lebih menarik lagi, kesemua isterinya saling mengenali antara satu sama lain dan tidak memandang ia sebagai satu masalah.

Ketua Daerah Phromnee dari wilayah Nakorn Nayok, Thailand, Tambon Prasert dipaksa untuk mengakui kesalahannya itu selepas pengamal media di negara tersebut mengetahuinya melalui sumber yang tidak didedahkan.

Ahli politik berusia 58 tahun itu yang juga memiliki beberapa perniagaan pembinaan telah menjemput media ke rumahnya untuk menjelaskan situasi sebenar.

Selepas diasak dengan soalan tentang kebenaran dakwaan tersebut, Prasert akhirnya mengakui dengan berkata: "Saya ada 120 isteri dan 28 anak lelaki dan perempuan."

Tambahnya, beliau mula 'mengumpul' isteri ketika masih muda iaitu pada umur 17 tahun.

"Perkahwinan pertama saya adalah ketika berusia 17 tahun.

"Isteri pertama lebih muda dua tahun daripada saya dan kami memiliki tiga anak.

"Kemudian barulah saya berkahwin lagi. Kebanyakan mereka gadis muda dan di bawah umur 20 tahun. Saya tak suka yang tua-tua kerana mereka kuat membebel," katanya.

Selepas menginjak dewasa, Prasert membuka perniagaan pembinaan dan beliau mula memiliki tabiat pelik iaitu mengahwini seorang perempuan baharu di kawasan rumah yang dibinanya.

"Saya kontraktor bangunan, saya berkahwin di mana sahaja ada rumah baharu yang dibina," katanya kepada Daily News.

"Saya sayang mereka semua dan mereka juga menyayangi saya."

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan