Abang Rogol Adik 5 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu berkongsi kisah menyayat hati mengenai bagaimana anak perempuannya diperkosa abangnya sendiri.

Budak perempuan berusia lima tahun itu berulang kali dirogol sejak berusia empat tahun oleh abangnya yang kemudian memberikannya gula-gula, Skittles untuk merahsiakan perlakuan tersebut.

Namun kebenaran akhirnya muncul apabila kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya 'Bagaimana saya mahu berhenti menangis, ibu?' selepas apa yang terjadi.

Ketika kejadian abang mangsa berusia 12 tahun.

Suspek akan dijatuhi hukuman kerana merogol adiknya semasa bermain permainan sembunyi-sembunyi di rumah mereka.

Ibu mangsa memberitahu Mahkamah Belia Brighton bahawa dia boleh melihat bayang-bayang di muka anak perempuannya.

"Bayang-bayang itu kembali setiap kali namanya disebut. Dia sering terjaga lima kali setiap malam akibat trauma.

"Dia masih lagi terjaga dan menangis sambil memanggil nama saya. Dia juga trauma jika ditinggalkan walaupun saya pergi ke bilik lain," katanya.

Bercakap semasa perbicaraan kes itu, ibu budak perempuan itu mendedahkan anaknya mendakwa dia turut didera menggunakan anak patung.

Tags / Kata Kunci: rogol

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan