Khidmat Upacara Pengebumian 'Pandu Lalu'

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 4:01 PM

Menerusi khidmat pandu lalu ini, orang ramai boleh mendaftar nama mereka pada skrin sesentuh tablet dan menyertai upacara pengebumian dengan hanya menurunkan tingkat kereta. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Sebuah syarikat menguruskan mayat di Jepun menawarkan khidmat bagi membolehkan keluarga si mati memberikan penghormatan terakhir tanpa perlu keluar dari kereta.

Syarikat itu mendakwa ia merupakan perkhidmatan 'pandu lalu' seumpamanya yang pertama di Jepun.

Waris si mati dalam kalangan warga emas boleh mendaftar nama mereka pada skrin sesentuh peranti tablet dan membuat upacara tradisional dengan hanya menurunkan tingkap kereta mereka.

Proses itu akan menyaksikan upacara pengebumian yang ditonton menerusi skrin.

Menurut presiden syarikat, Masao Ogiwara, perkhidmatan tersebut bertujuan untuk mempercepatkan urusan pengebumian dan memberi peluang kepada keluarga untuk menghadiri upacara itu.

"Warga emas mungkin teragak-agak untuk hadir ke upacara pengebumian kerana mereka akan diminta keluar dari kereta," kata Ogiwara kepada AFP.

"Tetapi kita mahu seramai yang mungkin untuk hadir dan memberi penghormatan terakhir kepada keluarga, rakan atau jiran mereka," katanya.

Kebiasaannya, seseorang yang menggunakan kerusi roda akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk terlibat dalam upacara tradisional bagi pengebumian di Jepun.

Ogiwara berkata, perkhidmatan itu akan mengurangkan masa kepada hanya beberapa minit.

Tambahnya, perkhidmatan tersebut dijangka bermula pada Disember ini. - AFP

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan