Apple Lancar Tiga Model Baharu iPhone - Berita Dunia | mStar

Apple Lancar Tiga Model Baharu iPhone

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 9:17 AM

(Ubah saiz teks)

APPLE memperkenalkan tiga model terbaharu iPhone yang disifatkan sebagai model tercanggih syarikat tersebut sejak keluaran pertamanya, 10 tahun lalu.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan pelancaran model premium iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada Isnin.

"Model baharu kali ini menjadi penanda aras besar kepada syarikat sejak sedekad yang lalu," ujarnya.

Keluaran Iphone X model terbaharu ini hadir dengan rekaan skrin dari sisi ke sisi dan menggunakan pengecaman wajah untuk membuka peranti berkenaan.

Selain itu, paparan "super retina" juga ditambah baik dengan grafik dan resolusi yang lebih hebat.

iPhone X dijual pada harga AS$999 dan mula dihantar kepada pembeli pada 3 November ini.

Naib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller berkata, badan kaca model iPhone 8 dan iPhone 8 Plus turut dihasilkan dengan paparan grafik lebih baik berbanding model-model terdahulu.

Bagi model iPhone 8 dan iPhone 8 Plus 64 gigabait masing-masing berharga AS$699 dan AS$799.

Pada majlis tersebut, Apple turut memperkenalkan jam pintar terbaharu dan penambahbaikan sistem tontonan video untuk televisyen berdefinisi tinggi 4K.

Ia dijual pada harga AS$399.

Majlis pelancaran itu diadakan sebuah teater kampus yang dinamakan sempena nama bekas pengasas bersama Apple, Steve Jobs.

Tags / Kata Kunci: Apple
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan