Halimah Yacob Diisytihar Presiden Singapura Ke-8

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 3:35 PM

-fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura bakal mempunyai presiden wanita pertama setelah Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu, Rabu.

Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah esok (Khamis) di Istana.

Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar di sini di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.

Bekas Speaker Parlimen itu yang tiba awal di pusat itu kira-kira 11.15 pagi tadi bersama suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, merupakan satu-satunya calon yang layak diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden.

-fotoREUTERS

Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.

“Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus,” katanya kepada penyokong selepas Ng yang juga Ketua Eksekutif Penguasa Pasaran Tenaga mengisytiharkan beliau sebagai presiden.

Pilihan Raya Presiden 2017 dikhususkan untuk masyarakat Melayu dalam usaha memastikan perwakilan yang berbilang kaum.

Dua lagi calon yang ingin bertanding, kedua-duanya ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan Kaim Khan tidak berjaya memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan untuk sektor swasta.

Bagi sektor awam, Halimah memenuhi kriteria memegang jawatan dalam sektor itu sekurang-kurangnya tiga tahun sebagai Speaker Parlimen.

Memandangkan Halimah satu-satunya calon yang berjaya, ini bermakna 2,516,608 pengundi Singapura tidak perlu mengundi pada Hari Pengundian yang dijadualkan pada 23 September ini.


Tags / Kata Kunci: Presiden Singapura , Halimah Yacob

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan