Malala Terpanggil Bantu Rohingya

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Malala Yousafzai terpanggil untuk meluahkan pandangannya bagi menggesa masyarakat dunia campur tangan dalam usaha untuk melindungi minoriti Islam Myanmar.

Malahan, wanita yang disegani ramai ini juga menggesa pemimpin negara itu, Aung San Suu Kyi untuk bertindak menangani isu berkenaan.

Malala juga meminta tindak balas antarabangsa terhadap keganasan di Myanmar.

"Kita tidak boleh berdiam diri kerana bilangan yang telah dipindahkan mencecah ratusan ribu.

"Tentunya tidak dapat membayangkan jika warganegara anda dan hak anda untuk tinggal di negara telah ditolak sepenuhnya," katanya Malala di Oxford ketika diwawancara BBC.

Malala yang kini berusia 20 tahun menganggap, kekejaman yang dilalui etnik Rohingya itu menyebabkan kanak-kanak kurang mendapat pendidikan kerana sering berdepan keadaan keganasan.

Beliau yang akan melanjutkan pengajian di University Oxford itu hampir dibunuh Taliban di Pakistan kerana berkempen untuk hak asasi kanak-kanak perempuan terhadap pendidikan pada 2012.

Malala ditembak di kepala dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas menulis catatan tanpa nama mengenai kehidupan di bawah pemerintahan Taliban di barat laut Pakistan.

Militan menaiki bas sekolahnya dan melepaskan tembakan yang turut mencederakan dua rakan sekolahnya.

Dia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa selepas kejadian itu dan berpindah bersama keluarganya ke Birmingham untuk pemulihan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Malala , Rohingya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan