'Lelaki Burung' Dari Gujarat - Berita Dunia | mStar

'Lelaki Burung' Dari Gujarat

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 2:26 PM

Harsukh bersama sebahagian burung kakak tua perliharaannya.

(Ubah saiz teks)

HARSUKH Bhai Dobariya dari Gujarat, India begitu dikenali kerana cintanya pada burung.

Disebabkan cintanya pada haiwan itu, Harsukh diberi gelaran 'Lelaki Burung'.

Dia telah menghabiskan masa selama 17 tahun untuk menjaga burung dan mengubah tanahnya menjadi satu eko-sistem yang selamat buat haiwan peliharaannya.

Semuanya bermula apabila Harsukh mengalami patah kaki pada 2000 dan banyak menghabiskan masa terlantar di katil.

Bila seorang jiran membelikan tumbuhan sekoi daripadanya, timbul idea untuk menggantungkannya di balkoni sehingga menarik perhatian sekor burung kakak tua.

Hari berikutnya, balkoninya didatangi dua burung kakak tua dan bertambah dari sehari ke sehari, sehingga lebih 100 burung termasuk pipit bertandang ke rumahnya setiap hari.

'Lelaki burung' itu kemudiannya 'memindahkan' kesemua burung itu di tanahnya yang berkeluasan empat hektar di pinggir Junagadh, supaya ia tidak diganggu oleh sesiapa.

"Di rumah lama saya, jiran-jiran akan terganggu dengan kicauan burung-burung tanpa henti," kata Harsukh kepada The Better India.

Walaupun jirannya tidak pernah mengadu, tetapi dia berpendapat kesemua burung itu memerlukan ruangnya sendiri.

Hari ini, antara 2,500 dan 3,000 burung kakak tua dan burung pipit bertandang ke ladang Harsukh setiap hari. - odditycentral

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan