Kes Swafoto Naruto Selesai

Diterbitkan: Selasa, 12 September 2017 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS dua tahun berulang alik ke mahkamah selepas disaman seekor monyet hanya kerana gambar swafoto haiwan itu, jurugambar David Slater boleh menarik nafas lega apabila kes itu akhirnya selesai.

Slater memenangi rayuannya selepas disaman Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) bagi pihak monyet bernama Naruto itu pada 2015.

Haiwan yang hidup di habitatnya di hutan simpan Indonesia menggunakan kamera milik Slater untuk merakam beberapa gambar termasuk gaya berswafoto.

BBC melaporkan, menerusi prosiding pada Selasa, peguam Peta berkata, Slater setuju untuk mendermakan suku daripada pendapatan hasil jualan gambar itu.

"Dana itu akan didaftarkan untuk kebajikan atau  melindungi habitat Naruto," kata kedua pihak dalam kenyataan bersama.

Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.

Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.

Gambar tersebut menjadi popular dan Slater memberitahu bahawa dia memperoleh beberapa ribu Pound Sterling untuk menampung kunjungannya ke negara itu.

Bagaimanapun, gambar tersebut mendatangkan masalah kepada Slater pada 2014 selepas dia meminta blog Techdirt dan Wikipedia untuk berhenti menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya.

Kedua-dua laman web tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh seekor monyet.

Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan dan seorang hakim memutuskan pada 2016 bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.

Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula.





Tags / Kata Kunci: Naruto , Slater

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan