Irma:Richard Branson Sembunyi Dalam Bilik Wain

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

AHLI perniagaan terkemuka, Richard Branson berkongsi video saat cemas ketika kediamannya di Pulau Necker dibadai taufan Irma.

Video itu memaparkan keruntuhan binaan rumahnya serta pokok yang tumbang di sekitar kawasan berkenaan.

Catatannya menerusi laman blog,“seperti yang anda dapat lihat melalui gambar, banyak bangunan dan tanaman di Necker telah musnah dan terjejas teruk.”

Ketika taufan Irma melanda pada Rabu, hartawan berusia 67 tahun itu mendedahkan beliau mengunci dirinya dalam bilik simpanan wain.

“Kami merasakan taufan ini adalah yang paling kuat pernah melanda lautan Atlantik. Kami bertuah kerana terdapat bilik simpanan wain yang kukuh dibina di Necker dan kami terselamat ketika taufan melanda.”

Beliau kini berada di Puerto Rico untuk menyelaras misi bantuan dan membuat pelan pembinaan semula bagi British Virgin Island.

Richard dan pasukannya menghabiskan dua hari di Pulau Gorda dalam rangka lawatan dan misi penyerahan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Ketika ini, taufan Irma sedang membadai Fort Myers setelah melanda buat kali kedua pada Ahad menyebabkan empat terbunuh dan lima juta penduduk bergelap tanpa bekalan eletrik.

Taufan Irma berada pada kategori dua ketika ia bergerak ke utara melalui Fort Myers. 

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC), taufan berkenaan membawa angin berkelajuan 110 kilometer sejam.

Tambah mereka lagi, paras air meningkat sebanyak tujuh meter dalam tempoh 90 minit menyebabkan kawasan di Naples mengalami banjir kilat.

Angin kencang berkelajuan 142 kilometer sejam turut direkodkan di Lapangan Terbang Naples Municipal.

Irma, taufan kategori empat beralih ke kategori dua pada lewat tengah hari Ahad dan semakin lemah ketika ia menghampiri Gulf Coast, Florida.

Sementara itu, krew penyelamat akan memulakan pencarian dari rumah ke rumah untuk mengesan penduduk yang memerlukan bantuan serta menilai kerosakan akibat bedilan Irma.

Dalam perkembangan lain, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan dana persekutuan kini dibuka untuk membantu mangsa di sembilan negeri yang telah dilanda taufan itu. – Daily Mail 


Tags / Kata Kunci: Richard Branson , Pulau Necker

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan