Taufan Irma ‘Telan’ Miami - Berita Dunia | mStar

Taufan Irma ‘Telan’ Miami

Diterbitkan: Sabtu, 9 September 2017 9:28 AM

Beratus-ratus orang berkumpul di tempat perlindungan kecemasan di Pusat Pameran Miami-Dade County.

(Ubah saiz teks)

JUTAAN rakyat Amerika Syarikat (AS) lari menyelamatkan diri selepas Taufan Irma melanda Florida. Gabenor Rick Scott memberi amaran kepada para penduduk: "Apabila angin taufan mula menyerang, tiadak siapa yang dapat menyelamatkan anda."

Miami bertukar menjadi bandar hantu selepas perpindahan penduduk yang dianggap sebagai perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu berlaku setelah pakar kaji cuaca menjangkakan Taufan Irma akan melanda Florida Keys dengan kelajuan angin 160 batu sejam.

Lebuh raya di Florida mengalami kesesakan teruk kerana jutaan penduduk ingin keluar menyelamatkan diri daripada Taufan Irma.


Sebuah restoran di Miami menulis nota 'mengalu-alukan' kedantangan Taufan Irma.


Senarai penerbangan yang terpaksa dibatalkan di Lapangan Antarabangsa Miami pada Jumaat.

AS sedang bersedia menghadapi bencana itu minggu ini selepas pakar kaji cuaca memberi amaran bahawa Miami sedang berda dalam kedudukan terburuk kerana Taufan Irma masih meneruskan perjalanan dalam laluan kehancuran.

Kira-kira 80 peratus dari kawasan Bahamas terletak hanya tiga kaki di atas air sudah pun dilanda taufan selaju 185 batu sejam dan mengakibatkan 22 orang maut. - The Sun

Tags / Kata Kunci: Taufan Irma

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan