Taufan Irma Makin Ganas

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

TAUFAN Irma yang membadai Barbuda dan St Martin di Kepulauan Caribbean pada kelajuan 295 kilometer sejam  (kph) telah meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Ribut Kategori Lima bergerak dari Puerto Rico pada Rabu malam sebelum melanda selatan Florida ketika penduduk kawasan itu mula dipindahkan ke kawasan selamat.

"Bencana ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 95 peratus kepulauan St Martin musnah.

"Sungguh mengejutkan dan menakutkan," kata pegawai agensi tempatan, Daniel Gibbs menerusi temubual radio.

Sementara itu, pegawai daerah St Martin, Eric Maire berkata, penduduk berhadapan masalah kekurangan bekalan air bersih dan elektrik.

Selain itu, perdana Menteri, Gaston Browne memaklumkan keadaan di Barbuda semakin teruk dengan 30 peratus daripadanya mengalami kemusnahan.

Sementara itu di Wa­shington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat bencana di ne­geri Florida, Puerto Rico dan Kepulauan Virgin AS kelmarin menjelang ketibaan Taufan Irma yang berpotensi mendatangkan kemusnahan besar.

Perintah darurat bencana membolehkan dana dan bantuan persekutuan digerakkan bagi membantu pentadbiran tempatan semasa kecemasan.

Irma berpotensi membawa kemusnahan besar di Puerto Rico yang di­diami 3.5 juta warga AS, Kepulauan Virgin AS (100,000 orang) dan Florida dengan populasi 21 juta orang.

“Perisytiharan darurat membolehkan Jabatan Keselamatan Dalam Ne­geri dan Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan menyelaraskan semua bantuan bencana.- AFP


Tags / Kata Kunci: Irma , Barbuda

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan