Aksi Swafoto Di Awan

Diterbitkan: Rabu, 6 September 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG juruterbang yang mahir mengendalikan Photoshop berjaya meyakinkan orang ramai kononnya dia telah berswafoto ketika berada di luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau.

Menggunakan nama Pilotganso pada akaun Instagram, beliau telah berkongsi gambar menarik berlatarbelakangkan Palm Islands di Dubai.

Juruterbang yang mempunyai 43,000 pengikut meletakkan kapsyen seperti berikut pada gambar: "Ia umpama rumah kedua saya #dubai selfie."

Mungkin dalam kalangan pakar, tentunya dapat mengesan sama ada gambar yang dikongsi itu telah disunting atau ia sesuatu yang asli.

Bagaimanapun masih ada yang menyuarakan rasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan juruterbang ini.

Seorang netizen menulis: "Kenapa perlu lakukan aksi berbahaya ini? Anda mungkin akan terjatuh dan membahayakan penumpang!

Ada juga yang memberi komen sebegini: "Wow...anda tak takut ke?"

Bagi @latelyisunday pula katanya: "Tak mungkin ini aksi sebenar? Tidakkah syarikat ada ada polisi berkaitan perkara seperti ini? Ia sesuatu yang berbahaya"

Walau apa juga pandangan yang diberikan netizen, gambar itu telah mendapat 15,000 tanda suka.

Dan akhirnya baru-baru ini, juruterbang berkenaan telah menambah sesuatu pada akaun Instagramnya: "Ingin saya nyatakan di sini, semua gambar yang dimuat naik adalah palsu."

Tags / Kata Kunci: Palm Islands , Dubai

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan