Tren MMMSL Tamat Operasi Haji

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Selepas tujuh hari beroperasi sejak 29 Ogos lalu dan membawa kira-kira 1.5 juta penumpang yang terdiri daripada jemaah haji, tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) pada Isnin menamatkan perkhidmatannya seiring dengan berakhirnya musim haji tahun ini.

Ia sekali gus menandakan perkhidmatan tren itu akan 'berehat' panjang dan hanya akan beroperasi semula pada musim haji akan datang.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) yang mengendalikan operasi tren itu sejak 2015 sekali lagi berjaya mempamerkan prestasi cemerlang menguruskan pengangkutan tersebut yang diiktiraf sebagai perkhidmatan tren paling sibuk dan terpadat.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management  and  Engineering Services (PRIME), (anak syarikat Prasarana yang mengendalikan MMMSL), Masnizam Hisham berkata pengendalian operasi pada tahun ini berjaya mencatatkan 112 peratus kadar pergerakan tren meningkat berbanding 110 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

"Walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan jumlah penumpang berbanding tahun lepas, tetapi dalam masa tujuh hari beroperasi MMMSL berjaya membawa 1.5 juta penumpang, meningkat berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu.

"Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya kepada media Malaysia selepas melepaskan tren MMMSL terakhir di Stesen Jamarat (Mina 3) di sini pada Isnin.

Katanya operasi kali ini juga mendapat maklum balas positif daripada pihak berkuasa Arab Saudi termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) negara itu yang merakamkan penghargaan kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji.

"Presiden PTA, Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hati, malah semasa datang melawat operasi MMMSL, beliau melahirkan keyakinan dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan bahawa kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Ditanya sama ada Prasarana telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi untuk menyambung kontrak pengendalian operasi MMMSL, Masnizam berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian dan buat masa ini Prasarana mahu menumpukan kepada baki tempoh kontrak sedia ada. - Bernama

Tags / Kata Kunci: tren mmmsl

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan