Korea Selatan Adakan Latihan Ketenteraan Besar-Besaran

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 2:10 PM

-fotoAP

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Tentera Laut Korea Selatan pada Selasa, mengadakan latihan ketenteraan secara besar-besaran susulan ujian nuklear keenam dilancarkan Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut laporan media tempatan, latihan ketenteraan itu diadakan di kawasan perairan timur menggunakan kapal perang seberat 2,500 tan,  kapal peronda (1,100 tan), kapal perang (400 tan) yang dilengkapi peluru berpandu dan bot berkelajuan tinggi (130 tan).

Latihan itu diadakan dua hari selepas Korea Utara mendakwa berjaya melancarkan ujian bom hidrogen yang dimuatkan dalam peluru berpandu balistik antara benua.

Pada Isnin, tentera udara dan laut Korea Selatan melakukan latihan ketenteraan di Laut  Timur.

Sementara itu, armada tentera laut ketiga merancang mengadakan latihan maritim berasingan di perairan selatan selama empat hari bermula esok.

Latihan membabitkan 10 kapal perang termasuk dua kapal frigat seberat 2,500 tan, kapal selam dan pesawat pemantau marin P-3, helikopter pelbagai fungsi Lynx.

Turut digunakan dalam latihan itu jet pejuang F-15K dan pesawat pengangkut CN-235.

Tags / Kata Kunci: latihan ketenteraan , bom hidrogen

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan