Merpati Bawa Dadah Ditembak Mati

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 11:30 AM

-foto clarin.com

(Ubah saiz teks)

SEEKOR merpati yang digunakan untuk menghantar dadah kepada penghuni penjara telah ditembak mati.

Burung tidak bersalah itu dilihat sering terbang memasuki kawasan penjara di bandar Santa Rosa, Argentina, lapor BBC.

Pegawai-pegawai bertugas berasa curiga apabila melihat burung tersebut sering berulang-alik ke bangunan berkenaan.

Mereka kemudian memutuskan untuk membuat siasatan dengan menembaknya.

Selepas siasatan, mereka mendapati merpati berkenaan membawa bungkusan kecil yang dipenuhi dengan pil khayal, ganja dan pemacu USB, menurut akhbar Clarín.

Akhbar itu juga menyiarkan gambar burung merpati yang terbunuh yang 'dipakaikan' dengan beg kecil.

Pada tahun 2013 perkhidmatan penjara Argentina memberi amaran kepada pengedar yang menggunakan merpati pengangkut khas untuk menghantar dadah dan bahan rahsia lain.

Mereka mendakwa, merpati tersebut melakukan antara 10 dan 15 perjalanan setiap hari.

-foto Al-Arabiya English/Twitter

Selepas siasatan pada 2013, tiga orang ditangkap dan 15 yang dipanggil 'narco-merpati' telah dirampas.

Bagaimanapun ia bukanlah masalah yang berlaku di Argentina sahaja.

Awal tahun ini, pada bulan Mei, seekor merpati ditangkap di Kuwait berhampiran sempadan Iraq kerana membawa 178 pil ketamin.

Tags / Kata Kunci: merpati , dadah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan