Masuk ICU Lepas Minum Air Omum

Diterbitkan: Isnin, 4 September 2017 11:27 AM

Air omum mengandungi campuran jus ajwan dengan air yang biasa digunakan oleh kaum India bagi melegakan masalah pencernaan. - The Straits Times

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pengurus operasi, Gunalan Perumal kerap mengambil air omum bagi melegakan ketidakselesaan perut.

Bagaimanapun, selepas lelaki yang berusia 55 tahun itu minum air tersebut pada 3 Ogos lalu bagi merawat masalah penghadaman, dia dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Awam Singapura untuk tiga hari dengan kecederaan dan bengkak di sekitar mulut dan tekak.

Siasatan awal oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) mendapati Air Omum Sri Ambikkas yang diambil mangsa mengandungi nilai pH lebih daripada 13 iaitu sama dengan jumlah yang ditemukan dalam peluntur klorin.

Produk tersebut sepatutnya mempunyai nilai pH neutral iaitu antara 7.4 hingga 7.9, kata HSA pada 10 Ogos lalu selepas membuat ujian ke atas sampel air itu.

"Kandungan alkali yang tinggi mungki mendatangkan tindak balas bahaya termasuk menyebabkan tisu badan terbakar," katanya sambil menambah tiada racun atau dadah ditemukan dalam sampel asli air berkenaan.

Pihak pengimport telah menghentikan jualan ke atas produk tersebut dan peniaga yang menjual minuman botol itu turut melakukan perkara sama.

Pihak berkuasa berkata, kes berkenaan merupakan kes terpencil dan tiada laporan lain dibuat berhubung kejadian serupa.

Punca kejadian masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.- The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: air omum

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan