Hujan Misteri Basahi Sebuah Rumah Sahaja

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 11:35 AM

Rumah Muzakir yang tiba-tiba dibasahi hujan misteri. foto detikcom.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kejadian hujan turun hanya di sebuah rumah sahaja dekat sini pada Sabtu lepas adalah fenomena alam yang jarang berlaku di dunia.

Media dalam talian pada Selasa memetik Ketua Pusat Informasi Meteorologi Publik Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) Mulyono Prabowo sebagai berkata fenomena alam itu sememangnya susah untuk berlaku.

Katanya fenomena yang berlaku di sebuah rumah di di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Jakarta Selatan itu adalah sesuatu yang agak ganjil kerana hujan selama kira-kira enam jam hanya pada sebuah rumah yang berukuran 5x5 meter.

Rakaman video kejadian tersebut tular dalam media sosial di Indonesia kerana ketika kejadian cuaca di kawasan tersebut panas dan kering malah rumah di sekelilingnya tidak ditimpa walau setitik hujan pun.

Mulyono berkata ketinggian awan pada musim kemarau menjadikan hujan seperti di Tebet itu sangat sukar berlaku dan hasil kajian pihaknya mendapati ketinggian awan ketika itu adalah sekitar 700 meter hingga 1 kilometer.

Hujan ‘eksklusif' di sebuah rumah itu menarik perhatian penduduk di kawasan berkenaan sehingga ada yang bermandi air hujan itu dan ada yang menadah dengan bekas untuk menyimpannya.

Pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Muzakir berkata ketika kejadian pada 6.30 petang itu beliau yang sedang bermain catur dengan seorang jiran pada mulanya menyangka cuaca hujan di seluruh kawasan itu.

Bagaimanapun mereka terkejut apabila terlihat kanak-kanak yang kegembiraan bermain hujan dan menjerit kerana hujan hanya berlaku di rumahnya.

Setelah melihat sekeliling beliau mendapati sememangnya hujan hanya turun di rumahnya sahaja dan ia berterusan hingga tengah malam.

Muzakir berkata beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang tafsiran mengenai fenomena itu dan membiarkan semua penduduk di situ datang menyaksikan dan merakam kejadian aneh tersebut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: hujan eksklusif

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan