Zuckerberg, Isteri Perkenal Anak Kedua

Diterbitkan: Selasa, 29 Ogos 2017 6:18 PM

Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan bersama anak perempuan mereka, Max dan seorang lagi anak perempuan yang baru lahir. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGASAS bersama Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya menyambut kehadiran anak perempuan kedua, August yang dilahirkan pada 28 Ogos menerusi kenyataan di laman sosial itu.

Sepertimana yang dilakukan pasangan itu buat anak perempuan pertama mereka, Maxima pada 2015, satu surat ditulis tetapi kali ini menceritakan tentang kehebatan dunia kanak-kanak.

"Kamu hanya menjadi kanak-kanak sekali, jadi jangan habiskan masa dengan terlalu risau mengenai masa depan," menurut surat yang ditandatangani Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan. 

"Kamu ada kami, dan kami akan melakukan apa saja sedaya upaya untuk memastikan dunia lebih baik buat kamu dan semua kanak-kanak satu generasi dengan kamu," katanya. 

Satu inisiatif Zuckerberg Chan ditubuhkan oleh pasangan tersebut telah mengumpulkan jutaan dolar bagi memperbaiki kehidupan untuk generasi kanak-kanak dengan pelbagai matlamat seperti menghapuskan penyakit.

Pengasas bersama Facebook itu merupakan antara hartawan yang berikrar untuk menyumbangkan sebahagian kekayaan mereka untuk kebajikan. - AFP




Tags / Kata Kunci: Facebook

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan