Harvey Mengganas Di Texas

Diterbitkan: Isnin, 28 Ogos 2017 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

HOUSTON: Kediaman dan lebuh raya tenggelam, itulah antara kesan taufan Harvey yang membadai tenggara Texas, Amerika Syarikat sejak Jumaat.

Malahan, air yang naik mendadak memaksa penduduk naik ke bumbung rumah, manakala ada yang berpindah ke pusat perlindungan kecemasan.

Ia juga dikatakan taufan paling kuat melanda Texas dalam tempoh 50 tahun dan setakat ini telah meragut dua nyawa.

Taufan kategori 4 dengan membawa angin kencang berkelajuan 209 kilometer sejam.

Susulan itu juga, angka kematian dijangka meningkat apabila ribut telah menyebabkan air pasang dan puting beliung.

Ribut itu turut mengakibatkan banjir sehingga ke paras dada di beberapa jalan di Houston, ketika sungai dan terusan melimpah ke tebing.

Ia juga menyebabkan bekalan kuasa elektrik terputus hingga menjejaskan hampir 230,000 penduduk di kawasan ini.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca nasional berkata, kira-kira 1.8 meter hujan turun di beberapa bahagian di bandar itu. - Reuters




Tags / Kata Kunci: Harvey , Texas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan