KP Jabatan Laut Indonesia Ditahan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Ogos 2017 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Pengarah Perhubungan Laut (Jabatan Laut) Indonesia Antonius Tonny Budiono ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (KPK) negara itu bagi membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan suapan lebih Rp20 miliar (lebih RM6 juta).

Beliau yang sebelum ini sering melaungkan anti rasuah dalam jabatannya, ditahan bersama seorang pengarah syarikat PT Adhi Guna Keruktama (AGK) Adiputra Kurniawan bagi membantu siasatan rasuah berkaitan projek di Pelabuhan Tanjung Emas di Semarang, Jawa Tengah.

Media tempatan pada Jumaat memetik Timbalan Ketua KPK Basaria Panjaitan sebagai berkata, Tonny ditangkap dalam operasi dua hari lepas dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai pelbagai matawang asing termasuk ringgit Malaysia dan tempatan berjumlah belasan miliar rupiah yang disimpan dalam 33 beg dalam kuaters kediamannya.

Selain itu, pihak berkuasa juga membekukan beberapa akaun bank peribadinya termasuk sebuah akaun bank yang mempunyai deposit lebih Rp1 miliar (lebih RM3 juta).

"Kes ini masih dalam siasatan lanjut. Jumlahnya (wang sogokan) memang banyak, jadi tidak mungkin cuma satu (kes), pasti daripada beberapa kes. Tetapi ini masih dalam pengembangan (siasatan) KPK," katanya.

Basaria berkata, selepas penahan Tonny, KPK juga setakat ini menahan empat individu di lokasi berbeza semalam untuk membantu siasatan kes melibatkan rasuah dalam jabatan yang berkuasa mengeluarkan pelbagai jenis permit, lesen dan kebenaran berkaitan pengangkutan laut dan pembangunan pelabuhan republik itu.

Presiden Joko Widodo sering mengingatkan semua pegawai perkhidmatan awam di negara itu bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukan kegiatan mengutip wang haram atau dikenali sebagai pungli di negara itu.

Pungli bermaksud pungutan wang liar iaitu kegiatan kakitangan awam mengutip upah daripada orang awam atau syarikat yang berurusan dengan jabatan mereka atas alasan sagu hati kerana memudahkan cara.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Budiono , Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan