Hotel Dibedil, 35 Maut - Berita Dunia | mStar

Hotel Dibedil, 35 Maut

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Bumbung sebuah hotel runtuh akibat dibedil dalam serangan udara di utara Sanaa mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 nyawa melayang.

Kejadian berhampiran pos kawalan Houthi itu memusnahkan bangunan kesil itu hingga ada mayat yang dilihat tergantung.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan sama ada mangsa adalah dalam kalangan orang awam atau pejuang.

Seorang pegawai perubatan memberitahu Reuters, 35 mayat dijumpai di bawah runtuhan tetapi lebih ramai lagi mangsa dipercayai terperangkap di dalam bangunan.

Saluran televisyen dikendalikan Houthi, al-Masira sebelum itu berkata, sekurang-kurangnya 30 orang awam terbunuh.

Sekurang-kurangnya 13 lagi cedera dalam serangan itu yang diikuti beberapa siri serangan udara di kawasan sekitar sepanjang malam.

Houthi yang mengawal Sanaa dan utara Yaman memerangi kerajaan negara itu yang diiktiraf dunia dan dibantu tentera Arab Saudi dalam pertempuran.

Sehingga kini, pergolakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10,000 orang mati serta mencetuskan bencana kemanusiaan.- Reuters



Tags / Kata Kunci: Sanaa
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan