Bakar Rumah Kerana Enggan Pindah

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

LIMA pangsapuri dan dua kedai terbakar manakala seorang nenek dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas di bandar Velen, utara Jerman.

Semuanya berlaku akibat tindakan seorang remaja lelaki membakar rumah baharu milik ibunya.

Remaja berusia 18 tahun itu ditahan sehari selepas kebakaran itu.

Siasatan awal polis mendapati, remaja terlibat menuang minyak gas sebelum membakar pangsapuri itu sebelum merebak ke kediaman lain dan kedai berdekatan.

Nenek berusia 69 tahun yang dikejarkan ke hospital itu tinggal di salah sebuah rumah berdekatan, lapor Westfälische Nachrichten.

Seramai 65 ahli bomba dari empat daerah diperlukan untuk memadam kebakaran yang berlaku pada pagi Isnin.

Polis berkata, rumah asal remaja itu terletak di Borken yang terletak 15 minit dari kediaman baharu itu.

Polis menjejaki remaja itu selepas saksi memberitahu  mereka melihatnya pergi dari tempat kejadian dengan kereta.

Penahanan remaja itu dibuat selepas dapat mengesan kenderaan tersebut.

Suspek bagaimanapun telah memberi kenyataan bercanggah apabila disoal dan tidak dapat menjelaskan kenapa dia berada di tempat kejadian.

Remaja itu didakwa dengan percubaan membunuh, membakar, menyebabkan kecederaan parah dan letupan.

Tags / Kata Kunci: Velen , Jerman

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan