Tiada Kru Kabin Pakai Bikini

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 12:02 PM

Naib presiden Vietjet, Nguyen Thanh Hung (empat, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi (empat, kanan) pada sidang media di Jakara. Foto JP/rdi

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Syarikat penerbangan tambang murah Vietnam, Vietjet Air memberi jaminan kepada Indonesia bahawa kru kabinnya tidak akan memakai bikini bagi laluan dari Jakarta ke Ho Chi Minh, yang dijangka bermula Disember ini.

Timbalan pengarah hal ehwal komersial Vietjet Air, Jay L Lingeswara berkata, syarikat itu yang ketika ini beroperasi sebanyak 35 laluan antarabangsa hanya menampilkan kru kabin berpakaian bikini pada waktu tertentu.

"Kami amat yakin dan komited menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan bersesuaian buat pasaran Indonesia," katanya pada sidang media sambil menambah bahawa Vietjet Air telah belajar dari pengalamannya semasa pembukaan laluan ke Malaysia sebelum ini..

Presiden pembangunan perniagaan Vietjet Air, Dinh Viet Phuong berkata, ia turut menyediakan makanan halal untuk penumpang beragama Islam.

Menurut Jay, syarikat itu mendapati Indonesia merupakan pasaran yang berpotensi kerana mempunyai populasi terbesar di Asia Tenggara. – The Jakarta Post/Asia News Network


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan