Remaja Ditahan Gara-Gara Lagu Macarena, Cetus Kesesakan Trafik - Berita Dunia | mStar

Remaja Ditahan Gara-Gara Lagu Macarena, Cetus Kesesakan Trafik

Diterbitkan: Rabu, 23 Ogos 2017 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Seorang remaja lelaki ditahan pihak berkuasa Arab Saudi gara-gara menari di tengah-tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Remaja berusia 14 tahun yang tidak dinamakan itu, dirakam menari sambil mendengar muzik lagu popular Sepanyol, Macarena kira-kira lebih setahun lalu, tetapi ditahan polis baru-baru ini.

Pihak berkuasa negara itu berkata, penahanan tersebut dibuat kerana remaja berkenaan melakukan kesalahan yang berkaitan moral umum.

Dalam rakaman selama 45 saat itu, budak lelaki berkenaan dilihat menggangu laluan trafik di Jeddah sambil menari mengikut rentak lagu tersebut yang popular sekitar tahun 90-an.

Namun tidak dapat dipastikan sebab polis menahannya selepas lebih setahun video itu disiarkan dalam laman YouTube.

Mengikut peraturan di Arab Saudi, pihak berkuasa mempunyai kuasa untuk menahan dan menghukum kanak-kanak mengikut budi bicara mereka.

Polis Saudi turut mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan penahanan remaja terbabit yang disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan mengganggu trafik.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada remaja itu didakwa di mahkamah. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Arab Saudi , Macarena
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan