“Saya Tak Kisah Kalah”

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 8:08 AM

(Ubah saiz teks)

SESUATU yang luar biasa apabila seorang perenang sanggup mengorbankan impiannya untuk mencatatkan kemenangan dalam Kejuaraan Dunia.

Pengorbanan itu dilakukan bagi memberi penghormatan buat mangsa serangan pengganas dalam insiden di Barcelona dan Cambrills, baru-baru ini.

Pada awalnya, Fernando Alvarez, dari Cadiz, Sepanyol meminta penganjur Kejuaraan Dunia Masters untuk melakukan sesi memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa sselama seminit, tetapi permintaan tersebut ditolak.

Ia membuatkan Alvarez terus berdiri di tempat untuk terjunan selama seminit apabila bermulanya saingan 200 meter.

Alvarez (bulatan merah) terus berdiri memberi penghormatan kepada mangsa serangan pengganas tanpa mempedulikan pencabar-pencabar lain memulakan saingan.

Tanpa mempedulikan pencabar-pencabar lain yang mula melakukan renangan, beliau terus terpaku memberikan penghormatan.

"Mereka beritahu saya mustahil (untuk membuat sesi memberi penghormatan) kerana seminit boleh terbazir," kata Alvarez kepada media tempatan.

Tambah Alvarez, beliau hanya memulakan renangan seminit selepas itu.

"Tapi saya tak kisah, perasaan saya lebih bernilai daripada memenangi kesemua pingat emas di dunia." - Mail Online

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan