Usain Bolt Buka Restoran Jamaica Di UK

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

MENCEBURI bidang perniagaan menjadi pilihan Usain Bolt sebaik mengumumkan persaraannya dalam bidang olahraya baru-baru ini.

Manusia terpantas dunia ini bakal melancarkan rangkaian restoran Jamaica di Britain.

Menu yang dihidangkan memberi tumpuan kepada citarasa masyarakat negara kelahirannya itu termasuk nasi dan kacang pea, daging dan ikan dimasak dalam periuk khas, selain ayam dan sup.

Syarikat francais Jamaica di mana Bolt adalah rakan kongsi telah memeterai perjanjian dengan kumpulan syarikat di Middlesex untuk melancarkan 15 rangkaian restoran diseluruh Britain dalam masa lima tahun.

"Saya gembira dapat berkongsi citarasa Jamaica kepada orang ramai di seluruh dunia menerusi restoran yang akan dibuka di United Kingdom," kata Bolt.

Sejak mengumumkan persaraannya minggu lalu, bekas atlet berusia 30 tahun ini banyak menghabiskan masa di kelab malam bersama teman-temannya.

Tags / Kata Kunci: Usain Bolt , Jamaica

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan