10 Hilang, Lima Cedera Kapal Perang AS Bertembung Dengan Kapal Dagang - Berita Dunia | mStar

10 Hilang, Lima Cedera Kapal Perang AS Bertembung Dengan Kapal Dagang

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SINGAPURA: Seramai 10 kelasi kapal dilaporkan hilang manakala lima lagi cedera selepas kapal USS John S. McCain berlanggar dengan sebuah kapal dagang di perairan timur Selat Melaka dan Singapura pada awal padi Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pemusnah peluru berpandu itu bertembung dengan sebuah kapal pedagang ketika dalam pelayaran menuju ke timur Selat Melaka dan Singapura kira-kira pukul 6.24 pagi waktu tempatan.

Pasukan mencari dan menyelamat sedang dalam perjalanan untuk melancarkan misi bantuan.

USS John S McCain iaitu pemusnah peluru berpandu dilaporkan bertembung dengan Alnic MC.

Pihak berkuasa Singapura sedang bekerjasama dengan Tentera Laut AS untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat selepas kapal perang itu mengalami kerosakan teruk.

Insiden itu berlaku dua bulan selepas tujuh tentera laut AS terkorban apabila USS Fitzgerald bertembung dengan kapal kargo Filipina di pesisir pantai Jepun.

Tags / Kata Kunci: kapal perang AS , kapal dagang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan