Hotel Di Makkah Terbakar - Berita Dunia | mStar

Hotel Di Makkah Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 6:00 PM

-foto Internet

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Makkah Arab Saudi pada Isnin, sekali gus mencetuskan kebimbangan kepada jemaah haji, menurut pertahanan awam, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap pertahanan awam, Nayef al-Sharif, berkata semua penghuni hotel seramai 600 orang berjaya dipindahkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah penghawa dingin di tingkat lapan sebuah hotel di Azaziyah.

Kebanyakan penghuni adalah warga Turki dan Yaman dan mereka kemudian dibenarkan kembali semula ke hotel.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Makkah , hotel , terbakar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan