Cuai Punca 23 Maut Nahas 14 Gerabak Tergelincir

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan lebih 70 lagi cedera selepas 14 gerabak kereta api ekspres tergelincir di utara India.

Kejadian pada Sabtu petang melibatkan Puri Haridwar Utkal Express itu berlaku di Khatauli, kira-kira 40 kilometer dari Muzaffarnagar.

Siasatan awal mendapati, faktor penyelenggaraan termasuk kecuaian dikenal pasti punca kejadian itu berlaku kerana tiada papan tanda amaran had laju diletakkan di laluan itu.

Ketika kejadian, kereta api bergerak 106 kilometer sejam (km/j), manakala had laju yang ditetapkan di lokasi kejadian adalah antara 10 hingga 15 km/j.

Bagaimanapun, pegawai syarikat kereta api berkenaan menolak aspek sabotaj sebagai punca kejadian itu.

Petugas kecemasan berusaha mengeluarkan mangsa yang terselamat dan menghantar mereka yang tercedera ke hospital.

Menurut pegawai kanan polis, Jitender Kumar kepada AFP, fokus mereka adalah untuk memindahkan mangsa yang terselamat.

Kemalangan pada pukul 5.37 petang itu berlaku hanya seminggu selepas berpuluh-puluh kanak-kanak mati di sebuah hospital yang kehabisan bekalan oksigen.

Laporan kerajaan pada 2012 menyebut hampir 15,000 orang terbunuh setiap tahun akibat kemalangan kereta api di India dan menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai 'pembunuhan beramai-ramai' tahunan. - AFP

Tags / Kata Kunci: Puri Haridwar Utkal , Khatauli

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan