Jokowi Mahu Isu Bendera Terbalik Tidak Diperbesarkan

Diterbitkan: Ahad, 20 Ogos 2017 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Joko Widodo hari ini meminta semua pihak agar tidak memperbesar-besarkan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Media-media dalam talian hari ini memetik Presiden Republik Indonesia itu sebagai berkata walaupun perkara berkenaan sangat dikesali namun rakyat negaranya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.

"Tidak usah dibesarkan-besarkan," katanya seperti yang dipetik oleh Detik.com Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia haruslah memohon maaf secara rasmi kepada Indonesia.

"Kita menunggu permintaan maaf daripada pemerintah Malaysia, kerana menyangkut sebuah kebanggaan, nasionalisme daripada bangsa kita Indonesia. Kita tunggu permintaan maaf rasmi," kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu.

Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (Masoc) dalam kenyataan awal hari ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Menurut Masoc, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Masoc akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya Imam Nahrawi, hari ini, untuk memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Sukan SEA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan