Dua Maut Serangan Di Finland - Berita Dunia | mStar

Dua Maut Serangan Di Finland

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 8:49 AM

Anggota polis memantau di dataran Turku di Finland susulan serangan lelaki bersenjatakan. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

DUA maut dan sekurang-kurangnya lapan lagi cedera dalam serangan seorang lelaki bersenjatakan piau di Finland.

Suspek bagaimanapun ditahan selepas ditahan polis dalam insiden di bandar Turku, barat daya negara itu.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.02 petang Jumaat (9.02 malam waktu Malaysia).

Lapan mangsa termasuk seorang wanita yang ditikam suspek dibawa ke hospital.

Sebahagian daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Polis kini memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu.

Ketua polis Seppo Kolehmainen berkata, ketika ini serangan itu masih belum dikategorikan sebagai serangan keganasan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan insiden tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas. - Mail Online


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan