8 Ditikam Dalam Serangan Amuk Di Rusia

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 6:43 PM

Penyerang ditembak oleh pihak polis selepas menikam seramai lapan orang mangsa. - Youtube

(Ubah saiz teks)

DUA orang bertarung nyawa dan lima lagi semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital akibat serangan senjata tajam (pisau) di Rusia pagi Sabtu.

Penyerang yang memakai jaket bunuh diri palsu itu ditembak mati oleh polis dalam kejadian yang berlaku di jalan sibuk di pusat bandar Rusia, Surgut iaitu sekitar pukul 11.20 pagi waktu tempatan.

Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, suspek menyerang pejalan kaki dan menikam seramai lapan orang awam.

Seorang jurucakap menambah bahawa polis bersenjata kemudian menumpaskan penyerang itu.

Sementara itu, tiada mangsa yang terbunuh dalam insiden terbabit namun mereka memerlukan rawatan kecemasan dengan segera, kata polis.

Penyerang itu sudah pun dikenalpasti dan mungkin mempunyai masalah mental, kata Menteri Dalam Negeri Rusia. - Daily Mail

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan