Api 'Ratah' Kampung Di Portugal

Diterbitkan: Sabtu, 19 Ogos 2017 1:13 PM

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan di Macao. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LISBON: Api yang terus marak dan merebak dalam kebakaran hutan di Portugal mengakibatkan kira-kira 2,000 penduduk di sebuah perkampungan terperangkap.

Menurut pemimpin Kampung Macao, Vaco Estrela memberitahu agensi berita Lusa, ramai penduduk kampung itu berdepan situasi cemas kerana api yang marak dan asap tebal.

Kebakaran hutan di situ tercetus petang Selasa lalu sebelum marak pada hari berikutnya hingga api telah mengelilingi kampung itu.

"Setakat ini kebakaran itu memusnahkan antara 80 hingga 90 peratus kampung itu pada hujung Julai lalu," katanya.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Portugal, Patricia Gaspar berkata, kebakaran baharu itu memaksa perkhidmatan kecemasan memindahkan kira-kira 130 orang dari beberapa perkampungan berdekatan.

Namun, pasukan bomba paling bimbang mengenai kebakaran di sekitar Macao yang terus marak dan merebak, katanya.

Sementara itu, kebakaran hutan yang berlaku mendorong kerajaan mengisytiharkan darurat bencana di tengah dan utara negara berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Constanca Urbano de Sousa menyalahkan individu yang sengaja melakukan kebakaran dan kecuaian manusia sebagai punca kebanyakan kebakaran hutan yang berlaku pada musim panas di Portugal. – AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan