Pembekal Makanan Diraja Britain Terpalit Isu Telur Toksik - Berita Dunia | mStar

Pembekal Makanan Diraja Britain Terpalit Isu Telur Toksik

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT yang membekalkan makanan ke Istana Buckingham dan restoran terkemuka lain dikenal pasti terlibat dalam kes telur toksik yang sedang hangat diperkatakan.

Syarikat Foodspeed yang terletak di Hayes, Middlesex itu, mempunyai waran diraja dan merupakan satu daripada lima syarikat yang diarahkan menarik balik penjualan telur mentah oleh Agensi Piawaian Makanan (FSA) kerana bimbang ia dicemari racun perosak yang digunakan secara tidak sah di Belgium dan Belanda.

Waran diraja itu bermakna syarikat itu sebagai ‘pengedar susu segar dan hasil tenusu’ kepada keluarga diraja Britain.

“Kami menyediakan produk yang terbaik di Britain dari jenama terkenal dengan kualiti dan kuantiti yang berpatutan,” demikian tulis syarikat itu di laman webnya.

Istana Buckingham tidak memaklumkan sama ada telur mentah yang digunakan di dapur diraja itu dibeli daripada Foodspeed atau tidak.

Sumber istana mengatakan, pekerja mereka sentiasa mengambil perhatian terhadap keselamatan makanan.

Sebanyak 14 produk telur mentah di Britain yang terlibat dalam kes pencemaran itu dan selain Foodspeed, empat lagi syarikat terlibat adalah Henrysons, Braehead Foods, SFD (GB) dan Richard Wellock and Sons.

Produk yang ditarik balik penjualannya datang daripada  syarikat Belgium iaitu Cocovite.

Jurucakap Henrysons berkata, produk tersebut tidak dijual ke orang ramai di kedai runcit, tetapi dibeli pengilang.

Setakat ini syarikat lain, termasuk Cocovite tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Berjuta-juta telur mentah telah ditarik balik dari rak-rak kedai di serata Eropah selepas racun perosak digunakan secara tidak sah di ladang di Holland dan Belgium. Bukan itu sahaja, malahan beberapa pasaraya juga membuang sandwic dan makanan lain yang berasaskan telur.

FSA sedang menyiasat sama ada telur yang tercemar digunakan atau tidak oleh pengilang makanan di Britain dan pada 17 Ogos, mereka mendapati kemungkinan telur mentah yang dijual di negara itu tidak tercemar dan bebas dari kontroversi itu.


Tags / Kata Kunci: Hayes , Foodspeed , Buckingham
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan