Bimbang Ditahan, Cucu Kuan Yew Tinggalkan Singapura

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

CAMBRIDGE: Cucu lelaki pengasas Singapura, Lee Kuan Yew untuk tempoh tiga dekad telah meninggalkan republik itu Julai lalu kerana bimbang ditahan pihak berkuasa kerana menghina mahkamah berhubung kenyataannya menerusi media sosial.

"Di Singapura, tidak mustahil seseorang ditahan dan disiasat untuk satu jangka waktu tanpa diwakili peguam.

"Rakan memberi amaran mereka bimbangkan keselamatan saya jika saya terus berada di Singapura," kata Li Shengwu.

Pemuda berusia 32 tahun ini adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Li adalah anak kepada Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling yang terlibat dalam konflik keluarga pemimpin republik itu.

Kata Li, beliau berada di Singapura untuk menghadiri sambutan hari lahir rakannya, bagaimanapun membatalkan hasratnya itu untuk kembali ke Amerika Syarikat pada 23 Julai lalu.

Beliau kini bertugas sebagai Felo Muda di Universiti Harvard.

Sebelum ini, Dewan Peguam Negara Singapura menghantar surat kepada Li, menuntutnya meminta maaf dan memadamkan siaran di Facebook yang menyatakan 'Kerajaan Singapura suka memfailkan saman dan mempunyai sistem mahkamah yang dikawal.'

Setiausaha Akhbar Hsien Loong, Chang Li Lin berkata, adalah 'tidak tepat' untuk bercakap mengenai penahanan dan siasatan.

"Ia adalah proses perundangan yang mantap. Undang-undang jelas dan prosedur dilaksanakan terhadap semua kes menghina mahkamah, termasuk kes membabitkan Li.

"Mahkamah akan memutuskan merit mengenai kes itu," kata Chang. - Reuters 



Tags / Kata Kunci: Li Shengwu , Singapura

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan