Anggur Perisa Gula-gula Kapas?

Diterbitkan: Jumaat, 18 Ogos 2017 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

SYARIKAT Asda memperkenalkan anggur hijau yang mempunyai rasa seperti gula-gula kapas.

Pasaraya itu membuat penyelidikan selama bertahun-tahun menggunakan pelbagai buah manis.

Anggur ini dibawakan dari Sepanyol dan merupakan hasil perladangan yang baik.

Pengurus pengeluaran anggur dan buah keras Asda, Alberto Goldbacher berkata, idea itu adalah untuk memberi keunikan kepada pelanggan dan untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan yang lebih sihat.

“Kami bekerjasama dengan pengusaha buah di seluruh dunia untuk menghasilkan kepelbagaian buah seperti ini,” kata Goldbacher di blog.

“Mereka bekerja keras untuk menyempurnakannya. Mereka menyatukan perisa anggur dengan anggur yang lain, menggunakan berus lembut seperti yang diguna dalam solekan.

“Ia sangat saintifik dan tidak diubah suai. Para penanam mengetahui kromosom apa yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dicampur dengan perisa lain. Buah itu tumbuh secara semulajadi seperti buah yang lain,” katanya.

Menurut Asda, anggur berperisa gula-gula kapas itu mempunyai rasa yang tersendiri dan pelanggan juga mengakui kesedapannya dan permintaan buah itu semakin meningkat.

Itu adalah antara sebab anggur itu kembali ke pasaran selepas diperkenalkan pada tahun lepas.

Syarikat itu juga mengeluarkan buah plum berperisa gula-gula getah yang juga sedap rasanya.

“Kami sedang melalui peringkat pembesaran buah sehingga kami mampu menghasilkan perisa baru dan unik secara semula jadi,” tambah Goldbacher.

“Kami mempunyai beberapa jenis buah yang dijual di pasar raya sekarang, termasuk anggur gula-gula kapas kami yang sangat terkenal, dengan rasa vanila manis lazat, serta buah plum yang mempunyai rasa gula-gula getah dan warna merah segar,” katanya. -mirrorUK

Tags / Kata Kunci: anngur , Asda , gula-gula kapas

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan