Israel Batal Perakuan Media Wartawan Al-Jazeera

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

BAITULMAQDIS: Israel membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur "penentangan", lapor agensi berita China Xinhua.

Pejabat Akhbar Kerajaan Israel berkata, kenyataan yang sering dikeluarkan Elias Karram menimbulkan keraguan di pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.

Sejak bertahun-tahun Karram berbangsa Arad dari Nazareth, bertugas dengan AlJazeera dan membuat liputan mengenai isu Israel.

Ketua Jabatan Akhbar Nitzan Chen berkata, kad perakuan media beliau dibatalkan sementara menunggu keputusan "sama ada Karram merupakan sebahagian rakyat Palestin yang menentang rejim Zionis".

Baru-baru ini,  Menteri Komunikasi Israel berkata, pihaknya merancang membatalkan perakuan media semua wartawan Al-Jazeera sebagai langkah menghalang mereka bekerja di Israel selain sedang berusaha mencari jalan mengharamkan sama sekali agensi berita itu daripada menjalankan tugas di negara itu menerusi peruntukkan undang-undang.

Sejak sekian lama, Israel menuduh Al-Jazeera berat sebelah dalam laporannya terhadap Yahudi.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru-baru ini juga dilaporkan pernah mengancam untuk menutup operasi Al Jazeera di negara tersebut serta menuding jari kepada agensi itu sebagai penghasut kekerasan terhadap Israel.  -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Al-Jazeera , Israel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan