Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Diterbitkan: Khamis, 17 Ogos 2017 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

TIGA belas tahun lalu, Mary Grams kehilangan cincin pertunangannya dan ia akhirnya ditemui pada lobak yang tumbuh di kebunnya.

Wanita berusia 84 tahun itu tidak menyangka cincinnya ditemui semula semasa sedang berkebun selepas ia hilang pada 2004.

Dia risau jika suaminya, Norman mengetahui kehilangan cincinnya itu. Oleh itu, dia menggantikannya dengan cincin yang lebih murah tanpa memberitahu suaminya.

Suaminya yang meninggal dunia lima tahun lalu, langsung tidak menyedari perbezaan cincin itu.

Namun, Grams terkejut apabila mendapati cincin itu tersekat pada lobak di kebun keluarganya di Armena, Kanada.

Grams mengetahui berkenaan penemuan itu apabila menantunya, Colleen Daley, menghubunginya pada Isnin lalu selepas mengambil lobak itu di kebun.

“Saya akan memakai cincin itu kerana ia masih muat.

“Semasa saya kehilangan cincin itu, saya menangis tidak berhenti,” kata Grams.

Sementara itu, kata Daley, dia menghubungi ibu mertuanya selepas bertanyakan suaminya mengenai cincin berkenaan.

“Saya bertanya suami jika dia pernah melihat cincin itu dan kata suaminya itu mungkin cincin ibunya yang hilang 13 tahun yang lalu,” kata Daley.


Tags / Kata Kunci: Mary Grams , Armena

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan