Terbakar Gara-Gara Tersilap Langkah

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

JO Robinson, mengalami kecederaan yang teruk di hampir keseluruhan badannya, terutama muka, dada, tangan, kerongkong, hidung, bebola mata, selain berdepan masalah jantung.

Ketika kejadian, ibu kepada tiga anak dari Ballyclare, Utara Ireland, itu berada di Chicago untuk menjadi juri pertandingan tarian tiang.

Wanita berusia 38 tahun itu menunjukkan kemahirannya menghembus api kepada rakan-rakannya di sebuah taman selepas pertandingan itu pada Julai lalu.

Tetapi apabila dia meletakkan minyak lain, selain minyak parafin ke dalam mulutnya, badannya mula terbakar.

Jika dia menggunakan parafin, api tidak akan membakar dirinya dan akan menunjukkan seolah-olah dia menghembus api.

“Saya tidak sedar badan saya terbakar. Saya rasa sangat panas dan saya jatuhkan badan dan berguling untuk memadamkan api.

“Saya terbakar hanya selama tiga atau empat saat, tetapi ia sangat memeritkan dan kulit saya masih terbakar selepas itu.

Robinson yang berdepan risiko serangan jantung masuk ke dalam kolam renang di kediaman rakannya sementara rakan-rakannya yang melihat kejadian itu membantu menanggalkan pakaiannya yang terbakar dan cuba menenangkannya.

Sebaik sahaja dibawa ke hospital, doktor risau dengan pernafasannya yang terganggu.

Dia menjalani rawatan selama dua minggu kerana risiko kesukaran bernafas dan bimbang berlaku jangkitan.

Robinson memuji British Airways kerana menangguh tiket penerbangan pulangnya sehingga dia dibenarkan keluar wad. Dia dirawat di Hospital Royal Victoria dan Klinik Aurora.

Robinson yang memiliki studio Polelicious di Ballyclare, percaya dia bertuah kerana selamat selepas disahkan sembuh sepenuhnya.

“Kini saya lebih berhati-hati walaupun ketika mendekati cerek atau periuk panas.

“Saya tidak mahu berhenti menghembus api kerana takut, tetapi saya mungkin tidak akan lakukannya lagi," katanya.

Robinson dinasihatkan untuk berehat selama enam bulan. Namun, sebagai seorang pelatih dan penari tarian tiang, ia adalah sesuatu yang mustahil.

Tags / Kata Kunci: Jo Robinson

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan