Sut Renang Atau Kot?

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

SIAPA kata anda tidak boleh meluncur dengan kot, kemeja dan tali leher?

Jika beranggapan begitu, anda pasti belum melihat rekaan terbaru Thom Browne iaitu ‘wetsuit’ atau sut basah.

Gambar-gambar rekaan eksklusif buatan tangan itu, tular setelah ia dilancarkan sebagai sebahagian dari koleksi musim panas/musim bunga dan digayakan umpama sut pekerja.

Dengan menggunakan seni ‘Trompe L'Oeil’, sut basah yang diperbuat dari neoprena itu menunjukkan semua elemen sut klasik termasuk seluar, jaket, kolar, lipatan dan tali leher.

Baru-baru ini, Trompe L’Oeil didedahkan sebagai sebahagian dari koleksi musim panas/musim bunga 2017 milik pereka fesyen Thom Browne.

Ramai yang beranggapan rekaan itu tidak akan dilihat lagi selepas digayakan model lelaki.

Browne merancang dengan penuh teliti bersama pakar pereka sut basah, Shane Jones.

Rekaan itu mendapat perhatian ramai di Internet. Jika anda ingin mendapatkan sut renang yang menyerupai sut pekerja, anda boleh membeli dengan harga $3,900 (RM16,752).


Tags / Kata Kunci: Thom Browne

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan