Jimmy Choo Pilihan Puteri Diana Hingga Akhir Hayat

Diterbitkan: Selasa, 15 Ogos 2017 10:00 AM

Sepatu tempahan terakhir Puteri Diana yang direka Jimmy Choo, namun ia tidak sempat diserahkan kepada pemiliknya yang maut dalam kemalangan di Paris pada 1997.

(Ubah saiz teks)

PEMILIHAN kasut yang digayakan Puteri Diana semasa hayatnya bagaikan melambangkan perjalanan hidupnya yang bagaikan roda ketika bersama Putera Charles.

Sebagai wanita elegan dan berkarisma, penampilannya  ketika memperagakan pelbagai fesyen sentiasa mendapat perhatian ramai.

Malahan ia juga melonjakkan nama pereka kasut, antaranya Alessandro Michele yang juga pengarah kreatif Gucci dan Jimmy Choo yang sering menjadi pilihan ketika mula melayari bahtera pernikahan diraja Britain.

Mengimbau detik bersama Puteri Diana, Choo yang juga anak kelahiran Pulau Pinang berkata, tempahan dibuat untuk kasut yang tingginya hanya lima sentimeter atau dua inci.

"Dua inci sahaja, jangan lebih tinggi daripada itu," demikian kata Puteri Diana kepada Choo.

Tempahan yang sama dengan potongan V dan saiznya enam setengah membuatkan ibu kepada dua putera itu memanggilnya sebagai "kasut biasa saya".

Bagaimanapun, dua tahun sebelum pergolakan bahtera perkahwinannya memuncak, penampilan Puteri Diana berubah sama ada busana atau sepatu yang digayakan.

Malahan, Diana dikatakan ketawa apabila Choo secara berseloroh menegurnya supaya berhati-hati memakai kasut setinggi 10 sentimeter yang boleh mengganggu pergerakannya.

"Saya bukannya nak berjalan ke sana ke mari, saya cuma nak nampak lebih tinggi daripada kaum lelaki," balasnya kepada teguran Choo itu.

Puteri Diana juga mempelopori gaya bebas berpakaian tanpa sarung kaki dan dipadankan pula dengan kasut  kuning air yang seakan-akan warna kulitnya.

Kecintaannya pada rekaan Jimmy Choo tidak dapat dinafikan hingga jenama pereka Malaysia itu terkena dan diiktiraf antarabangsa dengan nilainya mencecah £702 juta.

Hubungan antara Choo dan Diana selama tujuh tahun dengan sejumlah rekaan kasut yang tidak terkira banyaknya telah membina jenama yang kukuh.

Choo mengikuti pengajian rekaan kasut di Kolej Cordwainers London di Hackney dan mampu menghasilkan 20 pasang kasut seminggu sekitar 1990.

Diana mengenalinya apabila diperkenalkan pereka, Tomasz Starzewski yang membawanya ke Istana Kensington untuk mereka kasut bersesuaian dengan busananya.

Kemahirannya Choo adalah menyiapkan tempahan dengan pantar walaupun secara manual menggunakan tangan.

"Rekaannya biar ringkas," itulah yang sering dikatakan Diana kepada Choo.

Bagaimanapun menjelang pertengahan 1990an, Diana mula menempah kasut dengan gaya tali bersilang di depa atau bahagian tumit.

Pada 2001, Choo menjual syarikatnya, namun beliau tidak pernah melupakan pengaruh Puteri Diana kepada kerjayanya sebagai pereka kasut.

Tempahan terakhir Diana adalah sepasang kasut rata warna putih tetapi tragisnya ia tidak dapat diserahkan kepada pemiliknya yang maut dalam kemalangan pada 1997.


Tags / Kata Kunci: Jimmy Choo , Puteri Diana

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan