Xi Jinping Telefon Trump, Redakan Konflik AS-Pyongyang

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 10:56 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Selepas Amerika Syarikat (AS) mempertahankan amaran kerasnya terhadap tindakan Korea Utara berhubung penggunaan senjata nuklear balistik, akhirnya Presiden China tampil meredakan ketegangan.

Xi Jinping menelefon rakan sejawatnya, Donald Trump baru-baru ini.

Beliau menyuarakan gesaan supaya konflik nuklear Korea Utara diselesaikan secara aman dan mahu semua pihak bertenang serta mengelak melakukan sebarang tindakan yang boleh menambah situasi tegang di Semenanjung Korea.

Kenyataan Jinping itu dibuat beberapa jam selepas Trump memberi amaran bahawa tentera AS sudah bersedia untuk menyerang Korea Utara.

“Semua pihak mesti bertenang dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan,” Jinping dipetik sebagai berkata oleh Kementerian Luar China.

Rumah Putih pula berkata, Trump dan Jinping bersetuju bahawa Korea Utara perlu menghentikan tindakan provokasi.

Malahan, mereka juga sepakat menjadikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear.

Trump yang sedang bercuti di Bedminster, New Jersey, terdahulu memberi amaran kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menerusi laman Twitter.

“Tentera AS kini bersedia sepenuhnya sekiranya Korea Utara bertindak secara tidak wajar.

“Sekiranya beliau (Jong-un) menyuarakan lagi ancaman atau melakukan sebarang tindakan ke atas Guam atau mana-mana wilayah dan sekutu AS, beliau pasti akan menyesal,” kata Trump.

Dalam perkembangan berkaitan, Pentagon berkata, AS dan Korea Selatan akan meneruskan rancangan untuk mengadakan latihan tentera bersama dalam masa 10 hari lagi, tindakan yang dijangka membangkitkan kemarahan Korea Utara dan memburukkan situasi di Semenanjung Korea. – Reuters



Tags / Kata Kunci: Xi Jinping , Trump

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan