Bekas Pengerusi Parti NLD Myanmar Meninggal Dunia - Berita Dunia | mStar

Bekas Pengerusi Parti NLD Myanmar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 14 Ogos 2017 2:46 PM

U Aung Shwe.

(Ubah saiz teks)

YANGON: Bekas pengerusi parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myanmar, U Aung Shwe meninggal dunia di Hospital Victoria Yangon, malam tadi akibat sakit tua, memetik sumber media tempatan.

U Aung Shwe, 99, meninggal dunia kira-kira pukul 9.36 malam waktu tempatan, selepas dimasukkan ke hospital, menurut  7-Day News, lapor agensi berita China Xinhua.

Semasa hayatnya beliau adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat ketika NLD pertama kali ditubuhkan bersama Aung San Suu Kyi, U Tin Oo dan U Kyi Maung pada akhir 1988.

Beliau menjadi pengerusi parti berkenaan sejak 1991 hingga 2010 dan kemudian digantikan oleh Aung San Suu Kyi.

Tags / Kata Kunci: NLD , U Aung Shwe
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan